Kerjaya antarabangsa Jeremain Lens

Walaupun Lens bermain untuk pasukan bawah-21 Belanda, tetapi beliau memilih untuk bermain bersama pasukan kebangsaan Suriname kerana beliau berkata beliau orang Suriname. Pada 2009, Lens dipanggil oleh jurulatih kebangsaaan Suriname, Wensley Bundel untuk Piala Bier PARBO. Beliau menjaringkan dua gol daripada tiga perlawanan dan membantu Suriname menduduki tempat kedua kejohanan. Kejohanan itu bukan di bawah FIFA dan Lens masih dipanggil untuk sertai Belanda.

Pada 3 Mei 2010, Lens dipanggil oleh pasukan kebangsaan Belanda untuk sebahagian daripada persiapan Piala Dunia FIFA 2010. Walau bagaimanapun pada 27 Mei 2010, pengurus Belanda, Bert van Marwijk menyenaraikan 23 pemain yang mengambil bahagian tetapi Lens tiada dalam senarai itu. Pada 11 Ogos 2010, Lens membuat debut untuk Belanda ketika seri 1-1 menentang Ukraine dan beliau juga menjaringkan gol pada perlawanan iut.

Lens menjaringkan lima gol ketika kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 dan terpilih dalam skuad Piala Dunia FIFA 2014.

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiLawanSkorKeputusanKejohanan
1 11 Ogos 2010Donetsk. Ukraine Ukraine0–1 1–1 Persahabatan
2 11 September 2012Budapest, Hungary Hungary0–11–4Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
3 1-3
4 16 Oktober 2012Bucharest, Romania Romania0–1 1-4 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
5 6 Februari 2013Amsterdam, Belanda Itali1–0 1–1 Persahabatan
6 26 Mac 2013Amsterdam, Belanda Romania 4–0 4–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
7 11 Oktober 2013Amsterdam, Belanda Hungary 3–0 8–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
8 4 Jun 2014Amsterdam, Belanda Wales 2–0 2–0 Persahabatan